Thursday, 27 December 2012

tercalar pelangi dihiris gerimis
senja pun merangkak  menutup mentari
terbias warnanya ke wajah
lagu kedamaian tiada kedengaran
bumi yang merekah disirami darah
kemelut melanda tiada kesudahan
kemusnahan bermaharajalela
yang lemah menjadi mangsa
anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
yang lemah longlai tak lagi bernyawa
jerita suara batinnya tak siapa mendengarnya
tergadaikan maruah oleh janji-janji
terbayarkah dengan nyawa dan darah
soalan yang tiada jawapan
kemanusian telah lama hilang
kini yang tinggal hanya ketakutan
musnah kasih sayang dan persaudaraan
tandus akhlak dan keimanan 
menyemai persengketaan
*SAVE PALESTINE GAZA

No comments:

Post a Comment