Friday 4 October 2013

HIDUP.....

Hi Assalamualaikum semua =) apa khabar ? sihat ? kalau sihat Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup . Dah lama tak buka blog ni asyik bertwitter je lagi pun tak on guna lappy haa sekarang baru on guna lappy semata nak on blog ni , rinduu gila :/ dah lama tak update kan ? tsk tsk tskk blog aku di abaikan . ahahaha 
nak cerita pasal apa eh ? hmm actually banyak benda nak cerita tapi tahu nak mula cenggana . okay aku cuba . pertama sekali , tentang impian ku yang ingin menjadi seorang tentera . ahaha cewah ayat aku poyo je lebih . okay 22hb sept 2013 aku pergi temu duga ATM haa nak tahu tak ? punyalah banyak halangan yang datang hish sabar jelah . okay mula mula dah janji dengan Kyra nak jumpa dekat Dataran Merdeka hmm tapi aku kena gerak sorang je . tak kisahlah kalau gerak sorang sampai kl sentral kan ? tapi yang nak pergi ke Dataran Merdeka tuh aku sensorang  , first time kot aku pergi . time tuh member semua ada hal so tak dapat temankan last sekali aku merayu kat adik aku temankan aku then Pynaz tunggu dekat Masjid Jamik . 
okay lepas tuh , dah sampai Dataran Merdeka aku pun ambik borang then isi borang tuh sementara Kyra and Naim tolong susunkan sijil sijil aku . lepas dah siap semua tuh aku pun beraturlah , dahlah panjang gila , panas terik pula tuh . huh ! sampai part aku je , aku pun bagi borang dekat akak askar tuh then timbang berat badan dan tinggi . hmm yang paling sedihnya aku tak lepas temu duga tuh sebab ketinggian tak cukup .okay time tuh memang muka aku nampak senyum je tapi mata aku dah berlinangan air mata . then Kyra pun kata "chill lah Dyla , jangan sedih . kita try apply askar wartaniah k!" then aku pun apply lah . 
now , tinggal nak hantar dokumen  aku je then rekrut 28hb ni . tapi aku macam tak surelah nak ke taknak ? aku nak tapi macam taknak hati berbelah bahagi pula . hmm masih berfikir lagi .tapi Inshaa Allah aku akan pergi .
errr sebenarnya dah lupa nak cerita apa tadi . okay sampai disini sahaja cerita ku yang tak sempurna ni . nanti kalau dah ingat balik aku update lah ye . ahahaha Assalamulaikum :) Publish

Friday 12 July 2013

AL KISAH

Assalamualaikum , hi hello :)
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia (Malaysia boleh!) apa khabar semua ? sihat ? harap harap sihatlah hendaknya k . Haih ! lama dah tak buka blog ni , berhabok beno teman nengoknyee . Hihihi nampak tak kat situ kita dah pandai cakap loghat Perak , biasa ah ! duduk Perak 2bulan setengah mesti ah kena pandai cakap Perak kan ? heee nak cerita tentang apa eh ? banyak beno teman nak cerita ni . hihi haaa macam mana puasa ? ada baikk ? harap harap puasa tahun ni lebih baik dari puasa yang lepas lepas k .
Okay Firstly , nak cerita pasal PLKN ni . haaa nak tahu takk ? best gila duduk hutan tuh , tak rugi . Paling best time aktiviti kemuncak EX WIRA JAYA , best gila masuk hutan walaupun tak berapa nak hutan sangat lah tapi kira okay lah tuh dapat merasa jugakan . haha Then ahli Kompeni Bravo pun dah saling mengenali , dah semakin rapat tapi ...... hm baru nak rapat , nak kenal perangai sebenar tetiba masa dah sampai untuk pulang ke pangkuan ibu bapa . hmm terkilan juga ah , sedih sampai menangis teresak esak kau . Tuhan je yang tahu haaa . nak tengok Kompeni Bravo ? moh kita tengok sesama k 

Deme semua sporting gila kadang kadang masuk air . ahahaha tapi best ah , lepak gn dorang memang gelak je ah lagi lagi dengan Unie . dengar dia cakap , amboi pekat beno loghat Perak nya . hihihih pape pun deme semua memang AWESOME :) 
LEGASI BRAVO

Keduanya , kita nak cerita sikit ah pasal crush kita ni haaa . hmmm crush PLKN juga ah , apa lagi kan ? heee nak tahu nama dia ? haaa nama dia AL FATTAH BIN AHMAD ROSDI , nampak tak situ ? hahah aku memang stalker dia habis habis . haa punya lah minat kan ? nak tengok orangnya ? moh moh
haaa ni ah orangnya , bagi kita dia handsome lah kan ? bila dia senyum , alahai cair bhai ! ahahah tapi.... dengar cerita dia dah berpunya . ahh malas nak cerita , menyampah ! benci benci benci benci k settle .

Okay seterusnya , sekarang partime tanam anggur kat belakang rumah . ahahahah menganggur jelah apa lagi kan ? heee jadi bibik free of charge . errrr mak suruh kerja , aku malas ah nak kerja . nak balas dendam berehat kat rumah 3 bulan , amboi melampau beno teman ni . ahahaha idokle bukan taknak kerja tapi macam tak biasa ah , kan senang kalau duit jatuh dari langit . heee dapat Iphone5 pun best juga kan ? ahahah angan angan lebih , boleh tapi kena usahalah yang penting kerja . haa lepas raya nanti mak paksa kerja kat tempat dia , teman layan jelah daripada takde buat apa duduk rumah asyik makan tidur je baik kerja kan ? boleh beli Iphone5 . hihihi Inshaa Allah :)
Err bosan juga hidup single ni ... hmmmm aku dah biasa hidup single . so takde masalah kot , chill lah . tapi jealous pula tengok deme yang bercouple tuh , errr abaikan je ah . aku percaya jodoh di tangan Tuhan , Tuhan yang tentukan so aku anggap jodoh aku belum sampai lagi . hati aku pun belum terbuka untuk mana mana lelaki , jangan tanya kenapa ? semua ada kisah silam kan , errr okay taknak ingat dah cerita lama tuh .
hmmm siapa lah yang sudi nak kat kita ni ??
ahahahah actually saja je tayang gambar ni . okay lah sekian cerita yang tak seberapa ni , yang serba kekurangan ni korang sudi membacanya k :) ayat pun tonggang terbalik . haa aku peduli apa ? janji boleh dibaca . hahaha Anniyo :)

Tuesday 30 April 2013

KEM PLKN TERKOK SG.SIPUT PERAK .

Hi Hello Assalamualaikum
Apa Khabar semua ? sihat ? harap harap sihatlah ye . Hari ni tetap bersyukur sebab masih lagi boleh bernafas dia atas muka bumi ini , Alhamdulillah :) dah lama tak update blog ni , dah berhabuk gila . hahaha hm kita nak cerita ni setelah sekian lama tak bercerita kan ? cerita apa lagi kalau bukan tentang PLKN kan ? hidup sebagai pelatih PLKN no bad lah , untung juga sebab dah dapat gelaran Wirawati . Kau adooo ? mula mula tuh memang ah tak biasa kan , kena bangun awal and whateverlah semua kena awal but lama kelamaan dah biasa . bila duduk rumah , tak buat apa pula yang rasa lain .
K dah hidup dengan new life dekat hutan tuh selama 3 bulan err actually tak sampai 3 bulan pun , mesti lah jumpa kawan baru kan ? but kita tak lupa kawan kita dekat sini k ! lagi lagi my FFL Eyka , tiap tiap minggu dapat hp mesti gayut dengan dia sampai kena marah dengan mak guard tuh . errr kawan kawan dorm 4 semuanya sporting gila , ada yang satu kepala dengan aku . memang tak reti nak duduk diam lah gamaknya kan ? hahaha geng dah ada . nak tengok kawan dorm kita ? jom kita tengok sama k .
Wirawati Dorm4 dari kiri : Kak Husna , Fiqa , Irna (ketua dorm) , Aisyah (penghuluwati) , Pynaz , Alin , Tika(dorm3) , Ummi (dobi)
Wirawati Dorm4 dari kiri : Bubu , Wan , Kyra
Wirawati Dorm4 dari kiri : Eika , Dyla , Biela
Wirawati Dorm4 Syeraa

haaa ni lah kawan kawan dorm aku , actually banyak lagi tapi dorang tuh entah pergi ke mana entah time ni , nasib lah kan ? Actually ni malam birthday party hari Isnin 29/04/2013 .
Hm aktiviti dekat sini no bad lah , boleh tahan juga .paling tak suka time kawad pukul 2.30 petang yang panas terik gila tuh , Tuhan je yang tahu macam mana aku rasa time tuh . grr then cikgu cikgu dekat sini ada yang sporting , ada yang garang gila macam Cikgu Pisang Busuk tuh . stress kalau aku nampak dia , errrr cikgu paling sporting cikgu dorm aku Cikgu Ku dengan Cikgu Imah , memang AWSOME gila lah kan . kita paling suka dekat Cikgu Jamil *tepuk tepuk Abang Jamil hahaha nampak kegatalan aku dekat situ ? hahha gurau je k ! Cikgu Jamil dah ada isteri lah , anak 6 lagi tuh .
hm tentang cinta tuh memang takda lah but crush crush tuh ada lah . saja je suka suka kan ? lagi pun crush kita tuh dah ada girlfriend , sabar jelah . so just forget it ! matlamat datang PLKN nak berkhidmat untuk negara and nak tabik hormat dengan Tuan Komandan . Insha Allah matlamat akan tercapai :) okay sekian cerita dari D yang tak seberapa ni , Anniyo :)

Thursday 28 February 2013

PLKN

Hi , Assalamualaikum . hampa semua sihat ka ? kalau sihat Alhamdulillah sebab Allah memanjangkan umur kita . ni kami nak ceghita siket ni ha , kami dapat masuk PLKN kumpulan2 dekat TERKOK , SUNGAI SIPUT PERAK . jauh kan ? errr sebenarnya kami tak ingin nak pi sebab kami tak minat . kawan kami yang minat tuh tak dapat pula , kami yang tak minat ni tetiba dapat . errr stresssnya kami ! redha je ah , sambil cari pengalaman dan belajar benda baru . hampa semua ada ? apa apa pun kami bersyukur dapat terpilih sabagai pelatih PLKN . bukan semua orang boleh dapat kan ? kami ni kira bertuah juga .
1April nanti dah kena lapor diri dekat tempat letak kereta Stadium Shah Alam , kami kenalah prepair barang dari sekarang . hm nak kerja pun dah tak sempat , apa pun tak boleh !malam semalam bila kami dapat tahu je kami dapat kumpulan2 terus terdiam then menangis . nasib baik ada kengkawan yang caring dengan kami , depak semua nasihat kami . hati kami pun rasa lega lah sikit . Alhamdulillah , hm lepas ni kami dah tak boleh online facebook , twitter , dah tak boleh nak update blog untuk hampa semua . hm so sad :/ 
InsyaAllah kami boleh buat , asalkan kengkawan dan keluarga kami bagi semangat dari belakang dan dorongan .haa nasib baik kami sama tempat dengan kawan kami Si Madi tuh , ada lah juga kawan yang kenal kan . atleast kami ada masalah apa ka ? boleh bagitahu dia je .hmm pape pun kami nak ucapkan GOOD LUCK kepada kami sendiri dan kawan kawan yang lain juga :) luahan hati dari D , anniyo :) Publish !