Friday 4 October 2013

HIDUP.....

Hi Assalamualaikum semua =) apa khabar ? sihat ? kalau sihat Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup . Dah lama tak buka blog ni asyik bertwitter je lagi pun tak on guna lappy haa sekarang baru on guna lappy semata nak on blog ni , rinduu gila :/ dah lama tak update kan ? tsk tsk tskk blog aku di abaikan . ahahaha 
nak cerita pasal apa eh ? hmm actually banyak benda nak cerita tapi tahu nak mula cenggana . okay aku cuba . pertama sekali , tentang impian ku yang ingin menjadi seorang tentera . ahaha cewah ayat aku poyo je lebih . okay 22hb sept 2013 aku pergi temu duga ATM haa nak tahu tak ? punyalah banyak halangan yang datang hish sabar jelah . okay mula mula dah janji dengan Kyra nak jumpa dekat Dataran Merdeka hmm tapi aku kena gerak sorang je . tak kisahlah kalau gerak sorang sampai kl sentral kan ? tapi yang nak pergi ke Dataran Merdeka tuh aku sensorang  , first time kot aku pergi . time tuh member semua ada hal so tak dapat temankan last sekali aku merayu kat adik aku temankan aku then Pynaz tunggu dekat Masjid Jamik . 
okay lepas tuh , dah sampai Dataran Merdeka aku pun ambik borang then isi borang tuh sementara Kyra and Naim tolong susunkan sijil sijil aku . lepas dah siap semua tuh aku pun beraturlah , dahlah panjang gila , panas terik pula tuh . huh ! sampai part aku je , aku pun bagi borang dekat akak askar tuh then timbang berat badan dan tinggi . hmm yang paling sedihnya aku tak lepas temu duga tuh sebab ketinggian tak cukup .okay time tuh memang muka aku nampak senyum je tapi mata aku dah berlinangan air mata . then Kyra pun kata "chill lah Dyla , jangan sedih . kita try apply askar wartaniah k!" then aku pun apply lah . 
now , tinggal nak hantar dokumen  aku je then rekrut 28hb ni . tapi aku macam tak surelah nak ke taknak ? aku nak tapi macam taknak hati berbelah bahagi pula . hmm masih berfikir lagi .tapi Inshaa Allah aku akan pergi .
errr sebenarnya dah lupa nak cerita apa tadi . okay sampai disini sahaja cerita ku yang tak sempurna ni . nanti kalau dah ingat balik aku update lah ye . ahahaha Assalamulaikum :) Publish

No comments:

Post a Comment